Pengikut

Selasa, 11 November 2014

Cabaran dalam perniagaan dobi (Part 1)

Sepanjang 2 tahun 6 bulan menjalankan perniagaan dobi ini, pada saya, cabaran utama adalah untuk  mencari PEKERJA  dobi. Adalah sangat sukar, untuk mendapatkan seorang pekerja yang bagus untuk perniagaan dobi, terutama sekali pekerja tempatan atau warganegara Malaysia. Ini kerana, pekerja tempatan amat memilih kerja. Mereka lebih suka kerja-kerja yang mudah dan senang seperti kerja-kerja yang hanya perlukan mereka duduk sahaja di kaunter. 

Ini merupakan pengalaman peribadi saya, dimana pernah ada orang tempatan yang datang minta kerja kat dobi, dan memberitahu yang dia tidak mahu kerja di dalam dan membasuh atau menggosok pakaian, dia hanya mahu jaga di kaunter. Adalah tidak logik permintaan itu, kerana di kaunter dobi, tida ada banyak kerja, kecuali mengambil dan memulangkan pakaian. Kerja utama di dobi ialah membasuh, mengering menggosok, dan melipat pakaian. 

Ini amat berbeza sekali dengan pengalaman saya bersama pekerja Indonesia. Mereka boleh menguruskan dobi dengan amat baik sekali. Mereka bukan sahaja menguruskan pakaian pelanggan dengan baik, tetapi mereka juga menjaga kebersihan kedai. Mereka akan menyapu, mengemop, dan membersihkan bilik air tanpa disuruh. Kerja mereka sangat rapi. Apabila menguruskan pekerja tempatan pula, seolah-olah kita yang menjadi kuli mereka, kerana kita pula yang terpaksa membersihkan kedai, Kadang-kadang bila saya buka dobi di waktu pagi, akan ada bau-bau yang tidak menyenangkan. Ini kerana, mereka tinggalkan sahaja plastik-plastik makanan atau minuman yang tidak habis, tanpa membuangnya ke dalam tong sampah. Bilik air juga tidak pernah dicuci. Pakaian pelanggan banyak yang tersilap plastik, dan terlalu banyak panggilan yang saya terima dari pelanggan disebabkan kecuaian pekerja. 

Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan yang saya pernah dapat beberapa orang pekerja tempatan secara 'part-time' yang boleh menguruskan dobi dengan amat baik sekali. Ini termasuklah pelajar-pelajar dari UiTM yang bekerja secara part time semasa cuti semester mereka. Saya juga tidak menafikan yang saya pernah ada pekerja Indonesia yang menguruskan dobi dengan sangat teruk. Dia boleh meninggalkan dobi berjam-jam, dalam keadaan kerja yang tak siap. Bukan itu sahaja, apabila saya datang dan pantau kerjanya, dia sedang sibuk main handset, dan kerja yang perlu dibuat sangat bertimbun. Datang kerja lewat, bila telefon tidak diangkat, tengahari baru sampai. Bila ditanya mengapa, jawapannya TERTIDUR!! Saya juga pernah kehilangan pelanggan disebabkan kecuaiannya menggosok. Dia menggosok ala kadar. baju masih berkedut. Bila pelanggan datang semula dan tunjuk kepada saya, pakaian yang digosok itu seolah-olah tak digosok langsung!! Kalau saya yang jadi pelanggan tersebut, semestinya saya tidak akan kembali ke dobi itu. Bukan setakat itu, wang perniagaan juga berkurangan. Ya, ini memang pengalaman yang paling teruk sekali!

Dan kini Alhamdulillah, saya telah ada seorang pekerja sepenuh masa, warga Indonesia, bernama Kohinur. Kerjanya amat memuaskan hati saya. Saya telah pun membuatkan permit Kohinur. Kohinur mula berekrja dengan saya hujung Disember 2012. Dia dapat melakukan kerja-kerja dobi dengan amat baik, hanya selepas diajar sekali sahaja. Februari 2013 saya telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD, dengan senang hati, kerana saya telah dapat pekerja yang boleh diharap untuk menguruskan dobi. Kini, dobi diuruskan sepenuhnya oleh Kohinur.

Itu sahaja perihal pekerja buat masa ini. Sehingga bertemu kembali.





1 ulasan:

  1. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    BalasPadam