Pengikut

Rabu, 7 Januari 2015

Membeli Perniagaan Dobi yang Telah Sedia Ada: Kebaikan dan Keburukan

Assalamualaikum

Semasa hendak memulakan perniagaan dobi dulu, kami banyak lihat perniagaan untuk dijual di Mudah.com.my. Teralalu banyak perniagaan dobi untuk dijual. Ada yang mahal dan ada yang murah.
Banyak juga yang saya call dan tanya sebab untuk dijual. Antara jawapan mereka ialah kerana tiada orang untuk urus atau kerana berpindah.

Apabila saya ke kursus dobi, pihak penganjur kursus tidak mengallakn untuk membeli dobi yang dijual. Ini dikhuatii kerana pihak yang menjual mahu menjual kerana lokasi yang tidak strategik dan perniagaan yang tidak ok.

Apabila diteliti dan difikirkan semula, pada pandangan peribadi saya, sebenarnya ada beberapa kebaikn dan keburukan dengan membeli perniagaan dobi ini. Di sini akan saya senaraikan kebaikan dan keburukannya:-

Kebaikan:-
1. Perniagaan telah sedia ada. oleh itu kos permulaan dapat dikurangkan kerana 'renovation' telah dilakukan. kerana kos 'piping' dan juga 'wiring' agak tinggi juga.
2. menjimatkan masa. boleh terus melakukan perniagaan. Jika tidak, proses pembelian peralatan dan juga renovasi kedai mengambil masa lebih kurang sebulan
3. Pelanggan tetap telah ada. Kita tidak perlu buat 'marketing' yang banyak.


Keburukan:-
1. Sekiranya perniagaan dijual kerana lokasi yang tidak strategik, kita akan mengalami kerugian yang besar.
2. Sekiranya dobi itu dijual kerana tiada pelanggan disebabkan servis yang kurang memuaskan, ianya juga akan menjejaskan perniagaan kita nanti, kerana pelanggan telah 'cop' dobi ini tak bagus dan jangan pergi. Jika kita hendak buat 'marketing' semula juga, mungkin akan mengambil masa yang lama.
3. Mesin-mesin yang digunakan telah lama, rosak dan perlu keluarkan modal yang banyak untuk 'maintenance' semula peralatan-peralan yang dibeli.

Oleh itu, sekiranya berhasrat untuk membeli perniagaan dobi yang telah sedia ada, kita perlu luangkan masa untuk bertanya kepada penjual tentang dobi itu, servisnya, pelanggannya, pendapatan kasar, lihat semula ekod-rekod perniagaanyya, perhatikan mesin-mesin yang digunakan sama ada ianya berkeadaan baik atau tidak, juga lihat lokasinya, adakah ianya strategik atau tidak. InsyaAllah jika sekiranya semuanya ok, tidak rugi kita membeli perniagaan dobi yang sedia ada, malahan lebih menguntungkan dan memudahkan kerja kita.

REZEKI ITU DARI ALLAH.

Ahad, 4 Januari 2015

Mencari Lokasi yang Sesuai Untuk Membuka Dobi

Ada beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan semasa kita memilih lokasi untuk menjalankan perniagaan dobi. Antaranya ialah:-

1. Mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi.
2. Lokasi yang strategik-berhampiran dengan kilang-kilang, sekolah-sekolah berasrama, Intitut pengajian tinggi dan kolej-kolej, hospital, hotel-hotel (bajet hotel), dan sebagainya.
3. Masih belum mempunyai dobi di kawasan persekitaran, atau dobi yang ada tidak mencukupi.
4. Lokasi kedai adalah di laluan utama, dan mudah untuk parking.
5. Ambil kira juga taraf hidup penduduk di kawasan itu. Sekurang-kuranya bertaraf hidup sederhana.

Di entri akan datang InsyaAllah akan saya huraikan setiap satu dengan lebih terperinci lagi.

Berminat untuk membuka kedai dobi. Atau berminat untuk melihat operasi kedai dobi, Sila hubungi saya:-

Fatimah Abdul Rahiman
019-7452571
fatimah.rahiman@gmail.com

Jumaat, 14 November 2014

Menaikkan Harga Perkhidmatan

Saya telah lama memikirkan untuk menaikkan harga perkhidmatan di Dobi F2. Ini disebabkan semua barang keperluan untuk perkhidmatan dobi ini telah naik, termasuklah bil api, bil air, gas, dan juga barang pakai habis seperti sabun mencuci dan lain-lain. Cubaan pertama untuk menaikkan caj perkhidmatan ini adalah pada awal tahun 2013. Akan tetapi saya telah kembalikan semula kepada harga asal, kerana pelanggan tetap kami bising dan tidak mahu terima caj perkhidmatan yang baru ini. Saya telah menaikkkan harga perkhidmatan menggosok dari RM1.20 ke RM1.50. Manakala caj untuk cucian normal telah dinakkan dari RM2.50 ke RM2.80. Apabila ramai pelanggan yang bising dan tidak mahu terima harga baru ini, walaupun telah diterangkan sebab yang munasabah untuk menaiikan caj ini, saya terpaksa akur dan kembalikan semula kepada harga asal.

Walaubagaimanapun, saya tetap menerima kesan negatif dengan mengembalikan semula caj perkhidmatan kepada harga asal. Keuntungan yang saya dapat semakin berkurangan dan agak tidak setimpal, kerana saya perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk membayar bil api, bil, air dan juga barangan lain.

Tahun ini, sekali lagi harga minyak naik. TNB juga akan menaikkan tarif elektrik tak lama lagi. dan sedah pasti semuanya yang lain akan naik juga. saya menjadi semakin runsing. Saya pun cuba hubungi salah seorang pengusaha dobi yang saya kenal, yang pernah saya jumpa dan borak-borak  serta minta khidmat nasihat dan pendapat sebelum memulakan perkhidmatan dobi ini. Rupa-rupanya, kenalan ini telah lama menaikkan caj perkhidmatannya. Setakat ini dia telah menaikkan caj perkhidmatannya sebanyak 2 kali. Caj untuk basuhan normal telah dinaikkan dari RM2.30 ke RM2.50, dan sekarang ini RM2.80. Manakala untuk perkhidmatan menggosok telah dinaikkan dari RM1.20, ke RM1.50 dan sekarang ini caj perkhidmatannya ialah RM1.80. Perkhidmatan-perkhidmatan lain semuanya juga telah dinaikkan harganya, termasuklah basuhan toto dan juga 'dry cleaning'.

Kenalan ini memberitahu saya, adalah amat tak berpatutan, sekiranya semua perkara lain telah dinaikkan harganya, sedangkan caj perkhidmatan kita tidak dinaikkan, Kecualilah sekiranya perkara lain yang dinaikkan itu tidak melibatkan perkhidmatan dobi. Akan tetapi semua perkara itu sangat melibatkan perkhidmatan dobi, terutama sekali bil api, bil air, dan gas. Saya tanya beliau tentang respon pelanggan, beliau memberitahu, memang pada awalnya pelanggan bising, dan tak jadi hantar kepada beliau kerana caj dinaikkan. Akan tetapi ramai pelanggan yang datang kembali. Dan apabila ditanya mengapa, mereka memberikan dua alasan:-
1. Kedai dobi lain lagi mahal, atau
2. dobi akak, walaupun lagi mahal, tapi servis lagi bagus. Baju wangi. kotor kat kolar baju semua hilang.

Jadi saya pun buat kesimpulan, bahawa caj perkhidmtan yang kita letak, mestilah setimpal dan berpatutan dengan  perkhidmatan  yang kita tawarkan. Saya juga takut untuk menaikkan caj perkhidmatan, kerana dobi di sekitar kawasan saya ada yang harganya lagi rendah. Kenalan yang saya hubungi memberitahu saya, takpe, kalau kita rasa kita perlu naikkan harga, kita naikkan sahaja. Dan kita berilah perkhidmatan yang baik. InsyaAllah pelanggan akan datang cari kita. Kita perlu bersaing dengan memberikan perkhidmatan yang baik, bukan bersaing dengan meletakkan harga yang rendah. Kadang-kadang ada dobi meletakkan caj perkhidmatan yang rendah kerana sewa kedainya murah. Kalau kita yang sewa kedai mahal, letak harga yang rendah juga, tak berbaloi langsung untuk kita. Dan ada juga dobi yang meletakkan harga rendah, akan tetapi servisnya juga kurang baik. Dobi itu tidak melakukan 'pre wash', mengurangkan kuantiti sabun, tidak menambah pelembut dan juga pewangi dalam cuciannye. Sebab itulah cuciannya murah.

Setelah mendengar nasihat dari kenalan ini, saya pun nekad untuk menaikkan harga servis di Dobi F2. InshaAllah Januari2015. Semoga dimurahkan rezeki Dobi F2.

Khamis, 13 November 2014

Modal yang diperlukan untuk Memulakan Perniagaan Dobi (Part 1)

Bercerita tentang modal yang diperlukan untuk membuka dobi ini, sebenanrnya bergantung kepada besar mana perniagaan yang kita nak buat. Kalau besar perniagaan yang kita nak buat, besarlah modalnya. Kalau kecil perniagaan yang kita nak buat, kecil sahajalah modalnya.  Sebellum meneruskan tentang modal ini, saya akan menyenaraikan terlebih dahulu perkara atau mesis asas yang perlu ada di dalam sebuah kedai dobi. Mesin-mesin  tersebut ialah:-

1. Mesin basuh automatik- sama ada indutrial atau komersial
2. Mesin basuh semi automatik- komersial
3. Mesin pengering atau dryer- industrial atau automatik (dicadangkan mesin pengering industrial kerana jimat penggunaaan elektrik)
4. Seterika dan papan menggosok/ ironing board - industrial atau komersial, dan digalakkan seterika industrial kerana menggosok dengan lebih baik.

Perkara lain yang perlu ada tetapi tidak wajib:-
1. mesin basuh untuk dry cleaning- sama ada mesin 'dry clean', 'aqua wash' atau 'air wash'.-Ini sekiranya ingin menambah perkhidmatan 'dry clean' di dobi anda.
2. Mesin basuh karpet.


Aksesori-aksesori wajib:-
1. Tempat menyidai toto
2. Penyangkut baju/hanger
3. Rak menyimpan baju yang telah dibungkus
4. Tempat menyangkut baju dry clean yang telah siap dan juga baju yang telah digosok
5. Papan tanda @ signboard dobi
6. meja kaunter
7. Mesin penimbang dan kalkulator
8. Buku resit, pen, dan marker
9. Bakul letak pakaian kotor
10. Plastik membungkus pakaian dan toto
11. penyembur pewangi pakaian
12. berus gosok baju dan juga berus gigi lembut(untuk menggosok kolar baju)


Aksesori-aksesori pilihan:-
1. meja melipat
2. klip baju
3. tagging gun, kertas tagging, dan pen tagging

Bahan pakai buang:-
1. sabun basuh serbuk dan sabuh basuh cecair
2. pelembut pakaian
3. Lotion pewangi
4. Sabun dan pelembut dry clean (sekiranya ada perkhidmatan dry clean)
5. Kanji untuk menggosok
6. Kolar spray

Sampai sini dahulu. Saya akan ceritakan tentang modal sebenar yang diperlukan di entri (part 2 ) nanti.





Selasa, 11 November 2014

Kursus Dobi Anjuran F2 Laundromate

Kursus dobi anjuran F2 Laundromate akan dijalankan secara berkumpulan atau persendirian, mengikut keselesaan para peserta. Kursus ini juga merupakan kursus yang lebih kepada praktikal perkhidmatan yang dijalankan di kedai dobi. Kursus ini berlangsung sepanjang tahun. Kami akan tunjuk ajar peserta sehingga peserta betul-betul mahir untuk menjalankan perniagaan dobi. Untuk maklumat lanjut mengenai kursus ini, bolehlah hubungi:-

En Fathil: 012-7917235
Puan Fatimah: 019-7452571

atau Email kami: fatimah.rahiman@gmail.com

Sekian, Terima Kasih.

Jenis-jenis perkhidmatan yang ditawarkan oleh F2 Laundroamte

Berikut disenaraikan jenis-jenis perkhidmatan yang dijalankan di dobi F2 (F2 Laundromate)

1. Cucian biasa/cucian normal-basuhan menggunakan mesin basuh biasa. Kemudian akan dikeringkan menggunakan mesin pengering@dryer. Kemudian dilipat dan dibungkus ke dalam plastik.

2. Cuacian kering@ dry cleaning menggunakan mesin aqua wash-Pakaian yang dihantar akan di 'pre wash' terlebih dahulu sekiranya ada kotoran. Jika tiada akan dibasuh menggunakan mesin aqua wash. disidai sehingga kering. kemudian akan digosok dan digantung di penyangkut baju@ hanger, dan dibungkus menggunakan plastik lutsinar.

3. Cucian toto- toto akan dibasuh dengan mesin basuh biasa, disidai sehingga kering, kemudia dimasukkan ke dalam mesin pengering@ dryer selama 5-10 minit. kemudian dilipat dan dibungkus.

4. Cucian karpet- Karpet akan di cuci menggunakan mesin cuci karpet Karcher. Kemudian dikeringkan, dilipat, dan dibungkus.

5. Menggosok sahaja-Pakaian yang telah dicuci dan dikeringkan oleh pelanggan akan digosok dan dilipat atau digantungkan ke penyakut baju mengikut permintaan pelanggan.

6. Mengering shaja- Pakaian yang telah dicuci oleh pelanggan akan dikeringkan menggunakan mesin pengering@dryer, kemudian dilipat dan dibungkus.

7. Cucian tangan- pakaian peanggan akan dicuci tangan, kemudian dikeringkan secara manual atau menggunakan mesin pengering, mengikut permintaan pelanggan. Kemudia akan dilipat atau dogosok mengikut permintaan pelanggan juga, dan akan dibungkus.

8. Cuci kasut- kasut akan dicuci dengan cucian tangan, dikeringkan secara manual, dan dibungkus.

9. Cucian beg dan toys(anak patung)- beg dan 'toys' akan dicuci menggunakan cucian tangan, mesin biasa, atau 'dry cleaning' mengikut permintaan pelanggan.

Buat masa ini, itu sahaja perkhidmatan yang ditawarkan di Kedai Dobi F2.

Sehingga berjumpa lagi.:)


Cabaran dalam perniagaan dobi (Part 1)

Sepanjang 2 tahun 6 bulan menjalankan perniagaan dobi ini, pada saya, cabaran utama adalah untuk  mencari PEKERJA  dobi. Adalah sangat sukar, untuk mendapatkan seorang pekerja yang bagus untuk perniagaan dobi, terutama sekali pekerja tempatan atau warganegara Malaysia. Ini kerana, pekerja tempatan amat memilih kerja. Mereka lebih suka kerja-kerja yang mudah dan senang seperti kerja-kerja yang hanya perlukan mereka duduk sahaja di kaunter. 

Ini merupakan pengalaman peribadi saya, dimana pernah ada orang tempatan yang datang minta kerja kat dobi, dan memberitahu yang dia tidak mahu kerja di dalam dan membasuh atau menggosok pakaian, dia hanya mahu jaga di kaunter. Adalah tidak logik permintaan itu, kerana di kaunter dobi, tida ada banyak kerja, kecuali mengambil dan memulangkan pakaian. Kerja utama di dobi ialah membasuh, mengering menggosok, dan melipat pakaian. 

Ini amat berbeza sekali dengan pengalaman saya bersama pekerja Indonesia. Mereka boleh menguruskan dobi dengan amat baik sekali. Mereka bukan sahaja menguruskan pakaian pelanggan dengan baik, tetapi mereka juga menjaga kebersihan kedai. Mereka akan menyapu, mengemop, dan membersihkan bilik air tanpa disuruh. Kerja mereka sangat rapi. Apabila menguruskan pekerja tempatan pula, seolah-olah kita yang menjadi kuli mereka, kerana kita pula yang terpaksa membersihkan kedai, Kadang-kadang bila saya buka dobi di waktu pagi, akan ada bau-bau yang tidak menyenangkan. Ini kerana, mereka tinggalkan sahaja plastik-plastik makanan atau minuman yang tidak habis, tanpa membuangnya ke dalam tong sampah. Bilik air juga tidak pernah dicuci. Pakaian pelanggan banyak yang tersilap plastik, dan terlalu banyak panggilan yang saya terima dari pelanggan disebabkan kecuaian pekerja. 

Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan yang saya pernah dapat beberapa orang pekerja tempatan secara 'part-time' yang boleh menguruskan dobi dengan amat baik sekali. Ini termasuklah pelajar-pelajar dari UiTM yang bekerja secara part time semasa cuti semester mereka. Saya juga tidak menafikan yang saya pernah ada pekerja Indonesia yang menguruskan dobi dengan sangat teruk. Dia boleh meninggalkan dobi berjam-jam, dalam keadaan kerja yang tak siap. Bukan itu sahaja, apabila saya datang dan pantau kerjanya, dia sedang sibuk main handset, dan kerja yang perlu dibuat sangat bertimbun. Datang kerja lewat, bila telefon tidak diangkat, tengahari baru sampai. Bila ditanya mengapa, jawapannya TERTIDUR!! Saya juga pernah kehilangan pelanggan disebabkan kecuaiannya menggosok. Dia menggosok ala kadar. baju masih berkedut. Bila pelanggan datang semula dan tunjuk kepada saya, pakaian yang digosok itu seolah-olah tak digosok langsung!! Kalau saya yang jadi pelanggan tersebut, semestinya saya tidak akan kembali ke dobi itu. Bukan setakat itu, wang perniagaan juga berkurangan. Ya, ini memang pengalaman yang paling teruk sekali!

Dan kini Alhamdulillah, saya telah ada seorang pekerja sepenuh masa, warga Indonesia, bernama Kohinur. Kerjanya amat memuaskan hati saya. Saya telah pun membuatkan permit Kohinur. Kohinur mula berekrja dengan saya hujung Disember 2012. Dia dapat melakukan kerja-kerja dobi dengan amat baik, hanya selepas diajar sekali sahaja. Februari 2013 saya telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian di peringkat PhD, dengan senang hati, kerana saya telah dapat pekerja yang boleh diharap untuk menguruskan dobi. Kini, dobi diuruskan sepenuhnya oleh Kohinur.

Itu sahaja perihal pekerja buat masa ini. Sehingga bertemu kembali.